Ahli Parlimen Sarawak kecam janji manis Pakatan


Desmond Davidson

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata berkata janji dibuat PH tiada bezanya BN. – Gambar The Malaysian Insight, 6 Februari, 2020.

SUARA bantahan dari Sabah dan Sarawak akan terus menjadi duri dalam daging selagi Putrajaya gagal sepenuhnya mematuhi terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni memberitahu forum di Kuching semalam semua janji yang dibuat oleh kerajaan persekutuan untuk mengembalikan hak Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam persekutuan dan hak yang terhakis seperti dinyatakan dalam MA63 hanyalah “janji manis”.

Beliau memberitahu mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada forum “Masa Depan Malaysia: Prospek dan Cabaran” yang jika Putrajaya ikhlas dan serius menghormati hak Sarawak, “mengapa kita perlu membawa mereka mahkamah?”

“Kenapa kita perlu membawa isu (pembayaran) cukai jualan negeri ke mahkamah?” Katanya sambil merujuk kepada saman Pengawal Cukai Jualan Negeri terhadap Petronas kerana cukai tidak berbayar di mahkamah tinggi Kuching.

Lukanisman berkata janji yang dibuat kerajaan Putrajaya sekarang kepada negeri Borneo, tiada bezanya dengan gabungan yang mereka gulingkan, Barisan Nasional (BN).

“Kita sudah merasai ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan terdahulu,” katanya merujuk kepada pentadbiran Sarawak semasa menjadi sebahagian daripada gabungan BN.

“Rakan kongsi setara, (kembalikan) hak negeri hanya kata-kata manis.”

Beliau berkata Putrajaya sebaliknya melayan Sarawak “seperti tanah jajahan”.

“MA63 akan menjadi halangan kepada Malaysia yang lebih baik.” – 6 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen