Suspek serang gereja dipercayai mati tertembak diri sendiri 


Anggota polis menjalankan pemeriksaan di perkarangan sebuah gereja di Sutherland Springs selepas 26 orang terbunuh dalam kejadian serangan bersenjata di Texas. – Gambar EPA, 6 November, 2017.

PIHAK berkuasa pada Isnin percaya lelaki bersenjata yang menjadi dalang di sebalaik insiden temabakn di sebuah gereja di Texas menembak diri sendiri selepas dikejar dari lokasi kejadian. 

Lelaki terbabit yang dikenal pasti sebagai Devin Kelley 26 tahun, berjalan masuk ke gereja terbabit di Sutherland Springs sebelum bertindak melepaskan tembakan menggunakan sepucuk raifel pada Ahad menyebabkan 26 orang terbunuh manakala lebih 20 orang cedera.

“Buat masa ini kita percaya dia mengalami kecederaan akibat tembakan, kata Syerif Wilson County, Joe Tackit kepada CBS News. 

Tackitt turut mengulangi bagaimana penduduk tempatan - yang turut bersenjata - kemudiannya bertindak mengejarnya sebaik sahaj suspek keluar dari gereja berkenaan. 

“Penduduk berkenaan berada di seberang jalan ketika kejadian. Mereka terlibat daam insiden tembak menembak sekejap,” katanya.

“Supek kemudiannya bertindak memasuki sebuah kenderaan sebelum memecut dari lokasi kejadian.”

“Penduduk ini - yang saya anggapnya sebagai wira - kemudiannya bertindak menghentikan sebuah trak dan berkata, “Saya perlukan pertolongan. Lelaki ini telah menembak gereja: Ikut dia.”

“Berlaku tembak menembak juga ketika di jalan raya, dan mereka kemudiannya terbabas,” kata Tackitt dan menambah suspek tertembak diri sendiri ketika terbabas. 

Tentera udara mengesahkan Kelly pernah berkhidmat di sebuah pangkalan tentera di New Mexico bermula pada 2010 sebelum dikenakan tindakan mahkamah tentera atas tuduhan menyerang isteri dan anaknya.

Tragedi di sebuah pekan kecil di Sutherland Springs itu berlaku kira-kira lima minggu selepas insiden kejadian tembakan yang paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat moden apabila lelaki bersenjata membunuh 58 orang di sebuah konsert di Las Vegas. – AFP, 6 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen