Masing kesal kaum Cina dipersalahkan kerana wabak koronavirus


Desmond Davidson

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing berkata perbuatan mengaitkan virus itu dengan sesuatu bangsa adalah sikap perkauman. – Gambar AFP, 5 Februari, 2020.

MENYALAHKAN kaum Cina kerana berlakunya wabak novel koronavirus merupakan sikap perkauman, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing.

Menteri Sarawak itu mempersoalkan sama ada masyarakat dunia pernah menyalahkan warga Afrika kerana penyebaran HIV atau Ebola apabila penyakit maut itu dikesan berpunca dari Afrika.

Kenyataan Masing itu dibuat ketika media sosial hangat dengan posting mengenai penduduk China yang gemar memakan makanan eksotik seperti sup kelawar dan tikus hidup, mendakwa selera masyarakat Cina yang luar biasa itu menjadi punca wabak yang membunuh hampir 500 orang setakat ini.

Penjualan hidupan liar di pasar makanan laut Wuhan di wilayah Hubei dipercayai menjadi sumber wabak virus terkini.

“Kita tidak pernah mendengar orang Afrika dihina kerana HIV,” kata Masing.

Beliau berkata tidak ada orang Mexico dipersalahkan apabila H1N1, selesema babi atau Influenza A yang didapati berasal dari negara mereka, mahupun Arab apabila Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) berlaku di Arab Saudi, atau rakyat Itali atas Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.

“Tolong jangan label koronavirus dengan orang Cina kerana virus tidak mengenal tempat dan bangsa.

“Adalah sedih melihat dunia hari ini terbahagi apabila kita sepatutnya bersatu dalam menghadapi pandemik.” – 5 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen