18 maut diserang militan di Burkina Faso


Burkina Faso yang bersempadan dengan Mali dan Niger, sering menjadi sasaran serangan militan yang menyebabkan beratus orang terkorban sejak 2015. – Gambar EPA, 3 Februari, 2020.

LAPAN belas orang dibunuh sekumpulan lelaki disyaki militan di utara Burkina Faso, kata sumber keselamatan.

Sumber berkata serangan berlaku di perkampungan Lamdamol di Seno, Sabtu lalu.

“Penyerang bersenjata dan menaiki motosikal menyerang serta membunuh penduduk tempatan.”

Serangan berlaku seminggu selepas beberapa serangan sama di utara Burkina Faso, di mana seramai 29 penduduk tempatan terbunuh di sebuah kampung  berhampiran Soum pada 25 Januari lalu.

Menurut seorang pegawai kesihatan di bandar Dori, antara mangsa yang terbunuh adalah ketua jururawat di kampung berdekatan.

Seorang lagi sumber berkata serangan itu sebagai tindak balas selepas militan memberitahu penduduk supaya keluar daripada kawasan itu beberapa hari lalu.

“Anggota keselamatan berjaga siang dan malam, tetapi sukar untuk menjaga semua tempat dalam satu masa,” kata sumber itu. – AFP, 3 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen