BUAT pertama kalinya, polis hari ini mengakui mereka ada maklumat tentang di mana Muhammad Riduan Abdullah, bekas suami kepada Indira Gandhi berada, dan menggesanya tampil munculkan diri.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang baru-baru ini dikritik kerana berkata kes itu akan berakhir dengan baik, berkata Riduan dan Indira kedua-duanya ada hak terhadap anak perempuan mereka, Prasana Diksa.
“Orang awam tidak tahu di mana Riduan berada, tetapi saya tahu. Saya gesa dia tampil supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
“Kepada bapa itu, janganlah sembunyi lagi. Kedua-duanya, Indira dan bapa itu ada hak terhadap anak perempuan mereka.
“Saya memandang serius kes ini dan mahu ia berakhir dengan gembira terutama untuk kanak-kanak itu. Saya faham kekecewaan ibu itu dengan apa yang dilaluinya, saya tahu dia rindukan anaknya,” kata Hamid kepada media ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini. – 31 Januari, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen