Malaysia sahkan kes kelapan koronavirus


Seorang lagi individu disahkan positif dijangkiti 2019-nCoV di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak lapan kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Januari, 2020.

SEORANG lagi individu disahkan positif dijangkiti koronavirus novel 2019 (2019-nCoV) di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak lapan kes, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.

Individu itu ialah warga China dan terkena virus berkenaan daripada orang yang rapat dengannya, menurut kenyataan kementerian hari ini.

Pesakit, seorang wanita, 49, ialah isteri kepada individu kes ketujuh yang disahkan di Johor pada 29 Januari.

“Dia pada masa ini berada di wad di Hospital Permai, Johor dan dalam keadaan stabil,” kata kementerian.

Kementerian berkata dari 10 hingga 29 Januari, seramai 89 orang disiasat di negara ini, dengan 44 daripadanya rakyat tempatan, 42 warga China, dan masing-masing seorang dari Jordan, Brazil dan Thailand.

Daripada jumlah itu, tiga didapati kes positif dan juga di wad pengasingan di hospital.

Seramai 81 kes yang diuji adalah negatif, sementara lima lagi masih menunggu keputusan makmal. – 30 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen