14 pelawat dari Wuhan tidak dibenarkan masuk Malaysia


Alfian Z.M. Tahir

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata seramai 14 pelawat dari Wuhan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia susulan wabak koronavirus. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 30 Januari, 2020.

SERAMAI 14 pelawat dari Wuhan, lokasi bermulanya virus koronavirus berlaku, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia pada Selasa, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada media di Bukit Aman pagi ini, Muhyiddin berkata semua 14 pelawat terbabit dihantar pulang ke China.

“Pada 28 Januari, seramai 14 warga China yang berkunjung ke Malaysia tidak dibenarkan masuk selepas kami mengeluarkan arahan tidak membenarkan sesiapa dari Wuhan atau Hubei masuk ke negara ini.

“Kami menghantar mereka kembali ke China mengikut SOP,” kata Muhyiddin.

Minggu lalu, Pejabat Perdana Menteri berkata warga China dari Hubei, di mana ibu kotanya ialah Wuhan, dilarang masuk ke Malaysia buat sementara waktu. – 30 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen