Bahrain beri amaran kepada warganya yang ingin ke Lubnan 


Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatannya secara mengejut dan menyebut "cengkaman" Iran terhadap negara itu memberi ancaman kepada dirinya. – Gambar EPA, 5 November, 2017.

BAHRAIN pada Ahad memberi amaran kepada warganya yang mahu ke Lubnan serta menasihatkan mereka yang berada di negara itu untuk segera meninggalkannya untuk keselamatan mereka. 

“Berikutan keadaan semasa dan perkembangan di Lubnan, kementerian luar meminta warga yang ada di Lubnan meninggalkan segera negara itu dan mengambil langkah berjaga-jaga,” kata kementerian luar dalam satu kenyataan. 

Ia melarang warganegaranya untuk membuat perjalanan ke Lubnan “demi keselamatan mereka dan mengelakkan sebarang bahaya yang mungkin mereka hadapi”.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan berhubung sebarang ancaman.

Amaraan itu dikeluarkan sehari selepas Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatannya. 

Bercakap dari ibu negara Arab Saudi, Riyadh hari ini, Hariri menyebut “cengkaman” Iran terhadap negara itu dan ancaman kepada dirinya. 

Peletakan jawatan mengejut yang dibuat oleh Hariri itu dari kerajaan termasuk pergerakan Syiah Lubnan, Hizbullah menyebabkan pergolakan di negara itu semakin memuncak. 

Manama mengisytiharkan Hizbullah sebagai kumpulan pengganas dan mengulangi tuduhan pembabitannya dalam serangan ganas di negara teluk itu.  – AFP, 5 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen