Yusoff Rawther belum terima saman kerana cuti panjang, kata peguam


Bede Hong

Peguam T Kumar berkata tarikh pengurusan kes anak guamnya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak Muhammad akan ditetapkan kemudian. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 28 Januari, 2020.

SAMAN fitnah oleh Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terhadap Muhammad Yusoff Rawther masih belum disampaikan kerana cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina, kata peguamnya T Kumar.

Kumar berkata kertas itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Satu-satunya sebab ia dipanggil hari ini adalah kerana ia urusan pentadbiran. Mereka hanya mahu mengklasifikasikan saman itu kerana beberapa perubahan dalam notis tunjuk sebab,” katanya kepada pemberita selepas tampil di depan Timbalan Pendaftar Rumaizah Baharom pagi ini.

Notis tunjuk sebab adalah ringkasan yang menggambarkan saman fitnah kepada mahkamah.

Tarikh pengurusan kes selanjutnya akan ditetapkan kemudian selepas notis disampaikan, kata Kumar.

Farhash dalam samannya, berkata Yusoff dengan sengaja menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dengan sedar dan berniat yang kata-kata itu akan digunakan oleh media tempatan, dan rakaman video berkaitan akan dimuat naik ke Facebook dan platform media sosial yang lain.

Yusoff didakwa membuat kenyataan yang boleh dipersoalkan terhadap Farhash, termasuk memanggil beliau jahat, ganas, keji, kejam dan kaki pukul.

Yusoff dikatakan telah membuat kenyataan pada 4 Disember tahun lepas, di Pulau Pinang, yang disiarkan di Facebook, mengikut kenyataan tuntutan.

Selain menuntut ganti rugi umum, ganti rugi teruk dan teladan, Farhash juga meminta injunksi untuk menahan Yusoff, yang merupakan bekas penolong penyelidik kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Yusoff memberitahu media beliaudidakwa secara seksual oleh Anwar dan polis gagal bertindak atas laporannya yang menuduh Farhash menyerangnya di pejabat Anwar di Petaling Jaya pada Mei lalu.

Jabatan Peguam Negara baru-baru ini menggugurkan kes serangan seksualnya terhadap presiden parti itu kerana kekurangan bukti. – 28 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen