Pencarum KWSP hidap kanser meninggal dunia di Johor


Mohd Farhan Darwis

Adik kepada allahyarham, Nur Sheila berkata Husnah meninggal dunia pada jam 5.50 pagi di hadapan seluruh ahli keluarganya di kediaman mereka di Tebrau, Johor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Januari, 2020.

SEORANG pesakit kanser tahap 4 yang mendapat perhatian meluas kerana dipaksa tampil sendiri ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi mengeluarkan caruman disahkan meninggal dunia.

Anggota keluarganya mengesahkan wanita tersebut Husnah Devi Abdullah meninggal dunia pagi semalam.

Adik kepada allahyarham, Nur Sheila berkata Husnah meninggal dunia pada jam 5.50 pagi di hadapan seluruh ahli keluarganya di kediaman mereka di Tebrau, Johor.

“Dia meninggal dunia di Austin Resident dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ar-Raudah Mount Austin Johor Baru,” kata Nur Sheila.

KWSP pada bulan lalu didapati memaksa pencarum itu hadir dengan ambulans dan menaiki usungan ke kaunter badan itu di Johor Baru bagi menyempurnakan proses pengeluaran carumannya.

Ia mendapat perhatian apabila Nur Sheila menyiarkan tulisan berhubung layanan KWSP ke atas allahyarhamah, 56 tahun, yang hanya mahu mengeluarkan baki dari akaunnya.

Kes itu menyebabkan KWSP mendapat kecaman dari pelbagai peringkat masyarakat dan memaksa badan itu membuat permohonan maaf. – 25 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen