Hujan lebat bunuh 21 jiwa di Madagascar


Pembahagi jalan juga turut dihanyutkan hujan lebat dan akses ke kawasan pedalaman terjejas serta terputus hubungan. – Gambar AFP, 24 Januari, 2020.

SEKURANG-kurangnya 21 orang meninggal dunia di Madagascar berikutan hampir satu minggu hujan lebat di barat laut pulau itu, kata kerajaan negara pulau itu pada hari Jumaat.

Negara Lautan tropika itu kini sedang menghadapi musim hujan lebat selama enam bulan yang sering membawa kepada kecederaan dan kerosakan.

Banjir di daerah Mitsinjo dan Maevatanana telah menewaskan sekurang-kurangnya 21 nyawa sejak Ahad, dan 20 lagi masih hilang sementara ribuan lagi kehilangan tempat tinggal, kata Biro Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNGRC) pada hari Jumaat.

Pembahagi jalan juga turut dihanyutkan hujan lebat dan akses ke kawasan pedalaman terjejas serta terputus hubungan.

BNGRC memberi amaran banjir di kawasan tanah rendah dan daerah jelapang padi yang dijangka akan menimbulkan risiko “kekurangan makanan dan kekurangan zat makanan”.

Gangguan bekalan barangan asas juga boleh menyebabkan kenaikan harga di kawasan yang terjejas banjir, tambahnya.

Ahli Parlimen pembangkang Hanitriniaina Razafimanantsoa menggesa Presiden Andry Rajoelina untuk mengisytiharkan “bencana alam”.

Musim hujan biasanya bermula dari Oktober hingga April di Madagascar, bekas tanah jajahan Perancis di pantai tenggara Afrika.

Sembilan orang terbunuh pada Januari 2019 selepas hujan lebat menyebabkan keruntuhan bangunan di ibu negara Antananarivo. – AFP, 24 Januari, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen