Menang PRK belum lagi cermin nasib BN PRU15, kata Najib


Zaim Ibrahim

Najib Razak mengulas mengenai kemenangan BN dalam beberapa PRK tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2020.

LIMA kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) sejak tahun lalu menunjukkan rakyat masih menyokong parti itu namun ia bukan juga bermakna gabungan itu boleh menang pilihan raya umum akan datang, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata siri kemenangan PRK itu menunjukkan BN boleh jadi alternatif kepada Pakatan Harapan.

“Itu semua menunjukkan bahawa rakyat semakin hari sudah semakin sedar dia boleh buat perbandingan zaman BN dan zaman Pakatan Harapan (PH).

“Sama ada ia boleh sampai ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kita tak boleh andaikan keputusan PRK akan cerminkan keputusan pilihan raya umum akan datang. 

“Ia menuntut kepada kita untuk menampilkan alternatif dan naratif yang lebih baik, lebih meyakinkan kepada rakyat,” kata Najib kepada wartawan di Pokok Sena, Kedah. β€“ 24 Januari, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen