Malaysia naik 10 anak tangga indeks persepsi rasuah


Ravin Palanisamy

Presiden TI-M Dr Muhammad Mohan membentangkan laporan CPI di Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 23 Januari, 2020.

MALAYSIA bergerak kepada 10 anak tangga kepada kedudukan lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2019, kesan usaha berterusan Putrajaya dalam memerangi rasuah di bawah pemerintahan kerajaan baru.

Dengan skor 53 mata, Malaysia kini menduduki tempat ke-51 daripada 180 negara yang diselidik oleh badan pemerhati rasuah antarabangsa itu. 

Skor CPI negara dari 0 hingga 100, dengan skala 0 sebagai sangat rasuah dan 100 paling bersih daripada rasuah.

Tahun lalu, Malaysia menduduki tempat ke-61 dengan skor 47 mata, dan pada 2017, ia mencatatkan mata yang sama tetapi menduduki tempat ke-62.

Bagaimanapun, skor ini masih rendah berbanding sebelum ini, iaitu 53.20 mata pada 1996. Rekod Malaysia yang paling rendah adalah 43 mata pada 2011.

CPI diterbitkan setiap tahun sejak 1995 dan memberi penarafan mengikut tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara yang ditentukan oleh penilaian ahli dan tinjauan pendapat. – 23 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen