SATU karakter kecerdasan buatan (AI) secara rasmi diterima sebagai penduduk di kawasan pusat bandar Tokyo yang sibuk, karakter buatan itu digambarkan dalam bentuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang peramah.
Namanya “Shibuya Mirai”, dia tidak wujud secara fizikal tetapi boleh berbual secara teks dengan manusia melalui aplikasi pesanan LINE.
Shibuya Ward di Tokyo adalah kawasan terkenal dalam kalangan belia yang sukakan fesyen telah memberikan sijil penduduk khas untuk karakter itu.
Kecerdasan buatan ini yang pertama di Jepun, malah di dunia yang ditawarkan pendaftaran rasmi penduduk.
Mirai yang bermaksud masa depan dalam Bahasa Jepun dikatakan adalah seorang pelajar sekolah rendah tahun satu.
Dia boleh membalas mesej dan terlibat dalam swafoto yang dihantar kepadanya.
Shibuya berkata projek itu bertujuan untuk membenarkan kerajaan tempatan daerah itu berhubungan dengan penduduk serta mendengar pandangan mereka.
“Hobinya adalah mengambil gambar dan memerhati orang. Dan dia suka bercakap dengan orang ramai…boleh bercakap dengan dia tentang apa sahaja,” kata daerah itu dalam satu kenyataan dengan Microsoft, pemaju bersama karakter AI itu. – AFP, 5 November, 2017.
Komen