Fokus pada penyatuan, hentikan tindakan gugat perpaduan ahli PKR


PASCA Kongres Keadilan pada Disember 2019 menyaksikan suasana politik dalam PKR lebih tenang dan kondusif ke arah pengukuhan parti. 

Suasana ini tambah positif apabila presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden serta pimpinan Biro Politik kembali bersama ke meja mesyuarat Biro Politik pada 8 Januari 2020.

Menyusuli mesyuarat tersebut, timbalan presiden telah memberikan kenyataan umum bahawa tahun 2020 harus dimulakan dengan membuka lembaran baru, memperkukuhkan sikap saling hormat menghormati dan persefahaman demi perpaduan parti.

Namun, kami, ahli-Ahli MPP yang dipilih bersama ahli-ahli Parlimen dan Adun berasa kesal kerana terdapat usaha terancang untuk mengagalkan muafakat ini melalui tindakan-tindakan provokatif.

Terbaharu, aksi demonstrasi yang tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak di hadapan ibu pejabat parti pada 18 Januari dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 21 Januari telah mencalar dan menjejaskan imej PKR serta kerajaan.

Sementara itu, tindakan perlucutan 7 orang pimpinan AMK Pusat melalui surat bertarikh 15 Januari jelas menyalahi peraturan dan melanggar proses dalam parti. 

Tindakan ini juga mencabuli prinsip perlembagaan parti dan proses demokrasi kerana mereka merupakan pimpinan yang dipilih secara sah oleh akar umbi dalam pemilihan parti. Perlucutan mereka merupakan pengkhianatan kepada suara akar umbi dalam PKR.

Kenyataan terbuka beberapa pengerusi MPN pada 19 Januari yang mendesak pemecatan Zuraida Kamaruddin, naib presiden PKR, tambah mengeruhkan lagi keadaan memandangkan kita telah bermuafakat untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang provokatif secara terbuka.

Tindakan mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab kepada Zuraida oleh Jawatankuasa Disiplin turut menambah ketegangan dalam parti.

Justeru, kami berpendirian bahawa tindakan dan tekanan mendesak pemecatan Zuraida adalah bermotifkan ‘mala fide’ kerana cemburu terhadap kejayaan dan ketokohan beliau sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan. Beliau telah mempamerkan komitmen kerja yang cukup membanggakan serta budaya kerja yang cukup dinamik dalam kementerian.

Beliau telah berjaya menterjemahkan reformasi dalam kerajaan menerusi dasar perumahan rakyat, memberdaya peranan Pihak Berkuasa Tempatan dan ikhtiar mempertingkat kualiti kebersihan negara.

Sebagai pemimpin parti, Zuraida telah memberi banyak sumbangan dalam aspek pembangunan kepimpinan wanita dan usaha pemerkasaan akar umbi.

Tekanan dan gangguan terhadap beliau merupakan tindakan selektif, berat sebelah dan berprasangka buruk. Tindakan ini hanya ditujukan terhadap sesetengah anggota parti tanpa menghiraukan beberapa tindakan provokatif lain yang dilakukan oleh beberapa pimpinan dan anggota lain yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang memecah belahkan parti.

Kami dengan ini sebulat suara menggesa semua pihak untuk menghentikan segala tindakan yang menggugat perpaduan anggota dan cuba meremehkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan parti.

Maka, kami menuntut supaya tindakan disiplin yang telah dimulakan terhadap Zuraida dihentikan serta merta dan diselesaikan secara baik demi mewujudkan semula keharmonian dalam parti. 

Sekiranya tindakan ini tidak dihentikan, kami akan membincangkan tindakan selanjutnya berdasarkan prinsip- prinsip perjuangan PKR.

Maka, presiden dan pimpinan PKR bertanggungjawab untuk memainkan peranan untuk menerajui tahun 2020 dengan semangat dan iltizam baru yang memberi fokus kepada usaha penyatuan dan menyemarak perpaduan parti. 

Kami yakin dan percaya, sekiranya muafakat dapat dicapai maka perlaksanaan agenda reformasi dapat direalisasikan sekaligus menjamin prestasi dan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Kenyataan ini mewakili:

1) Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Ahli Parlimen Gombak/Adun Bukit    Antarabangsa    

2) Zuraida Kamaruddin
Naib Presiden
Ahli Parlimen Ampang

3) Chua    Tian Chang
Naib Presiden

4) Ali Biju
Naib Presiden
Ahli Parlimen Saratok

5)Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau/Adun Ba’kelalan

6) Saifuddin Abdullah
Ahli MPP
AhliParlimen Indera Mahkota

7)Amiruddin Shari
Ahli MPP
MB Selangor/Adun Sg Tua

8)Hilman Idham
Timbalan Ketua    Pemuda
Adun    Gombak    Setia

9)Haniza Talha
Ketua Wanita
Adun Lembah Jaya

10)Mohamad Rashid Hasnon
Ahli MPP
Ahli Parlimen Batu Pahat

11)R. Sivarasa
Ahli MPP
Ahli Parlimen Subang

12)Rahimah Majid
Ahli MPP

13)Zakaria Abdul Hamid
Ahli MPP

14)Radzlan Jalaluddin
Ahli MPP

15)Dr Mansor Othman
Ahli MPP
Ahli Parlimen Nibong Tebal

16)Kamaruddin Jaafar
Ahli MPP
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

17)Hee Loy Sian
Ahli MPP
Adun Kajang

18) Elizabeth Wong
Ahli MPP
Adun Bukit Lanjan

19)Edmund Santhara
Ahli MPP
Ahli Parlimen Segamat

20)Azmizam Zaman Huri
Ahli MPP
Adun Pelabuhan Klang

21)Gan Pei Nei
Ahli MPP

22)Jugah Anak Muyang
Ahli Parlimen Lubok Antu

23)Steven Chong    Shiao Yoon
Ahli Parlimen Tebrau

24)Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

25)Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau

26)See Chee How
Adun Batu Lintang

27)Khairuddin Othman
Adun Paya Jaras

28)Juwairiya Zulkifli
Adun Bukit Melawati

29)Dr Daroyah Alwi
Timbalan Ketua    Wanita    
Adun Sementa

30)Borhan Aman Shah
Adun Tanjung Sepat

31)Halimey Abu Bakar
Adun Seri Setia

32)Dr Chong Fat    Full
Adun Pemanis

33)Dr Rafaie
Adun Ampangan

34)Lee Khai Loon
Adun Machang Bubok

35)Dr Afif Bahardin
Adun Seberang Jaya

36)Zulkifli Ibrahim
Adun Sungai Acheh

37)Dr Azman Nasruddin
Adun Lunas

38)Dr Robert Ling
Adun Sidam

39)Jailani Khamis
Adun Rembia

40)Yunus Jamhari
Adun Kuala Kurau

41)Jaffari Waliam
Adun Lantikan Sabah

42)Ginie Lim
Adun Machap
    
43)Gan Ay Ling    
Adun Indera Kayangan

44)Maria Chin Abdullah
Ahli Parlimen Petaling Jaya

45) Dr Amar Pritpal Abdullah
Adun Sungai Bakap

46) Yeoh Kean Chuan
Adun Kulim. – 22 Januari, 2020.    

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen