Pengarah strategik PKR baharu berdepan tugas sukar


Lee Chi Leong

Pengarah Strategi PKR Sim Sze Tzin berkata beliau bertanggungjawab menguruskan perbezaan pendapat antara pemimpin dan ahli bagi memastikan parti kekal bersatu dan kuat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Januari, 2020.

PENGARAH strategi PKR baharu, Sim Tze Tzin berdepan tugas sukar dan perkara yang menjadi agenda utamanya adalah bagi menangani konflik yang berlaku dalam parti.

Mengakui wujudnya keributan dalam parti, Sim memberitahu The Malaysian Insight yang peranannya adalah untuk menguruskan perbezaan pendapat antara pemimpin dan ahli bagi memastikan parti kekal bersatu dan kuat.

Sim yang sebelum ini memegang jawatan itu selama lima tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berkata senario sekarang berbeza berbanding tugasnya sebelum ini kerana PKR kini menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu mengakui wujudnya masalah perpecahan dalam parti yang menjadi komponen terbesar gabungan pemerintah.

Terdapat dua puak dalam PKR, satu penyokong Presiden Anwar Ibrahim dan satu lagi penyokong kepada pemimpin nombor dua parti, Mohamed Azmin Ali.

“Saya tidak menafikan kami berdepan masalah dalaman yang perlu diatasi. Tugas saya kini lebih berat berbanding sebelum ini, kerana kami kini menjadi kerajaan dan parti mempunyai masalah perpecahan dan sebagainya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, katanya kewujudan masalah berpuak-puak di dalam parti adalah perkara biasa, sambil menambah Umno juga mempunyai masalah yang sama pada masa lalu.

Sim, yang juga ahli Parlimen Bayan Baru menekankan kepentingan menguruskan perbezaan pendapat dengan baik dan menjadi keutamaannya untuk tidak membiarkan ia memberi kesan kepada kerajaan.

Beliau berkata perlu berkomunikasi dengan semua pihak untuk memastikan mereka mengetepikan perbezaan pendapat agar semua ahli boleh bekerjasama untuk mengukuhkan parti.

Sim menambah, ia juga penting bagi kerajaan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai tindakan dan dasar baik yang telah dilaksanakan memandangkan ramai tidak berpuas hati. – 22 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen