Paus mengaku berdengkur bila sembahyang


PAUS Francis mengaku acap kali beliau terlelap ketika sembahyang, selain berkata para alim terkenal juga melakukan perkara sama.

“Kadang bila saya bersembahyang, saya terlelap,” katanya dalam program episod Catholic TV2000 di Youtube.

“Saint Therese juga buat perkara sama,” katanya merujuk kepada biarawati Perancis abad ke-19, selain menambah bahawa orang Kristian patut merasa seperti kanak-kanak yang bersandar mesra di lengan paderi, tempat di mana persekitarannya menyelesakan.

Pemimpin Gereja Roman Katolik berusia 80 tahun itu terkenal dengan semangat dan tenaganya yang memberi sentuhan kepada orang ramai.

Namun, perasaannya kelihatan amat berat ketika berteleku sembahyang, dan kerap kali dilihat ramai kepalanya akan terangguk dan matanya tertutup untuk tempoh yang lama.

Paus itu sangat menitik berat tidurnya dengan mula tidur seawal 9 malam dan bangun sekitar jam 4 pagi.

Menurut sumber, jadual sibuknya itu juga dikawal dengan mengamalkan tidur sekejap selepas makan tengahari. – AFP, 4 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen