Pindaan laporan audit 1MDB dibuat demi Najib, mahkamah diberitahu


Bede Hong

BEKAS perdana menteri Najib Razak mendapat manfaat daripada pindaan yang dibuat oleh pegawai tertinggi kerajaan terhadap laporan audit 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2016, mahkamah tinggi diberitahu minggu lalu.

Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, yang mengetuai pasukan audit khas 1MDB, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang pegawai tertinggi kerajaan ketika itu diketuai oleh ketua setiausaha negara Ali Hamsa, mahu meminda laporan itu demi kepentingan negara dan Najib

Ini berlaku semasa mesyuarat peringkat tinggi pada 24 Februari 2016 yang dipengerusikan oleh Ali, kata saksi ketujuh pendakwaan. Turut hadir pada mesyuarat itu adalah bosnya, bekas ketua audit negara Ambrin Buang.

Semasa soal balas, peguam pendakwa utama Gopal Sri Ram merujuk rakaman audio mesyuarat selama hampir tiga jam, di mana Ali berkata, “Kami mahu menjaga kepimpinan kami”.

Ditanya siapa yang dimaksudkan dengannya, Saadatul Nafisah menjawab Najib, yang ketika itu juga merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Saksi berusia 64 tahun kemudian bersetuju dengan cadangan Sri Ram bahawa, jika mesyuarat itu tidak diadakan, laporan yang dipinda dan diubah suai tidak akan wujud. 

Ali juga mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) agar tidak mencetak laporan audit 1MDB sehingga Najib memberi “lampu hijau”.

Saadatul Nafisah, yang merupakan pengarah audit di jabatan itu, berkata beliau diberitahu ketika menyerahkan laporan kepada Ali pada 29 Februari 2016. Laporan itu diserahkan kepada PAC oleh Ambrin pada 4 Mac 2016.

Kata Saadatul Nafisah, laporan akhir audit hanya mempunyai 60% daripada maklumat yang diperlukan kerana bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy gagal memberikan informasi selebihnya. – 19 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen