Tunggang kuda dalam keadaan mabuk, wanita Florida ditahan


Dalam keadaan mabuk, binatang berkaki empat mungkin pilihan yang lebih baik berbanding kenderaan empat roda. Tetapi sebenarnya tidak, bila seorang wanita Florida ditahan kerana menggunakan kuda itu sebagai kenderaan ketika mabuk. – Gambar EPA, 4 November, 2017.

DALAM keadaan mabuk, binatang berkaki empat mungkin pilihan yang lebih baik berbanding kenderaan empat roda.

Namun tidak bagi seorang wanita Florida, Donna Byrne, 53, bila polis tidak bersetuju dengan pilihannya, dan akibat daripada itu, beliau ditahan atas tuduhan “menunggang kuda dalam keadaan mabuk.”

Menurut Pejabat Syerif Polk City, beliau ditahan kerana “menunggang kuda dalam keadaan mabuk” di Polk City, Jumaat lalu.

Byrne turut dituduh mengabaikan haiwan itu kerana gagal memberikan perlindungan sewajarnya terhadap kuda itu, yang berkemungkinan boleh memberi kecederaan atau kematian ketika menunggang di jalanraya yang sibuk itu.  

Menurut polis, yang aksi itu dilapor oleh orang ramai, Byrne kelihatan mabuk bila pegawai polis sampai di tempat kejadian. 

“Puan Byrne jelas tidak sepatutnya berada di jalanraya. Beliau bukan sahaja membahayakan diri dan kuda itu, malah memberi masalah kepada pengguna jalanraya yang selalunya sibuk itu,” kata Syerif Grady Judd.

Bagaimanapun, kuda itu kemudiannya diletakkan di bawah jagaan jabatan perlindungan binatang di milik polis. – AFP, 4 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen