MRT2 sudah siap 70%, kata Guan Eng


Ragananthini Vethasalam

Kerja utama dijangka siap pada 2022 dan MRT2 akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2023, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 Januari, 2020.

PEMBINAAN Transit Aliran Massa 2 (MRT2) sudah mencapai tahap 70% dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 2023, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian tambahan antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dengan kontraktor MMC-Gamuda KVMRT- untuk Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, hari ini.

“Kerja utama dijangka siap pada 2022 dan MRT2 akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2023,” katanya. 

Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Fasa pertama MRT2 yang menghubungkan Kwasa Damansara dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada Julai 2021.

Projek MRT2 adalah antara projek mega yang terlibat dalam rasionalisasi kos dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan yang merampas Putrajaya pada Mei 2018.

Rasionalisasi itu berjaya mengurangkan kosnya daripada RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion, penjimatan sebanyak RM8.82 bilion.

Penjimatan itu adalah pengurangan sebanyak 22.4% daripada kos asal, hasil rundingan semula antara Putrajaya dan MMC-Gamuda pada Oktober 2018.– 17 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen