Polis Itali rampas 'ubat pejuang' IS bernilai RM246 juta


A view of installations at the port of Gioia Tauro in the southern region of Calabria, Italy. Financial police discovered more than 24 million Tramadol tablets, en route from India to Libya, at the port, following a crackdown sparked by the discovery of a similar shipment in Genoa in May. – EPA pic, November 3, 2017.

POLIS Itali merampas pil bernilai €50 juta (RM246 juta) daripada opiat sintetik bertujuan untuk dijual oleh kumpulan militan Islamic State (IS) di Libya bagi mengumpul dana untuk melkaukan serangan, kata mahkamah hari ini.

Polis kewangan menemui lebih 24 juta pil Tramadol, dalam perjalanan dari India ke Libya, di pelabuhan Gioia Tauro di selatan Itali.

Ubat penahan sakit itu digambarkan sebagai “ubat pejuang” yang diketahui sangat popular di kalangan pelampau kerana kemampuannya mengurangkan kesakitan dan menahan keletihan.

Rampasan itu dianggarkan bernilai €50 juta, dan dijumpai susulan tindakan keras polis yang dicetuskan oleh penemuan penghantaran serupa di Genoa pada Mei.

Penyiasat percaya kumpulan IS merancang menjual ubatan itu kepada askar bawahan mereka dengan harga €2 bagi setiap biji ubat.

“Mengikut maklumat yang dikongsi dengan sumber penyelidikan asing, trafik Tramadol dikendalikan secara langsung oleh IS untuk membiayai kegiatan pengganas yang dirancang dan dilaksanakan di seluruh dunia,” kata mahkamah Reggio Calabria.

Sebahagian wang yang diperoleh daripada penjualan itu juga akan “menaja kumpulan pengganas dan pelampau yang beroperasi di Libya, Syria dan Iraq,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah berkata tangkapan itu berjaya dilakukan dengan kerjasama Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS. – AFP, 3 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen