Perodua masih kuasai pasaran kereta


The Malaysian Insight

Perodua mempunyai 44.3% bahagian dalam segmen kereta penumpang, diikuti Proton pada kadar 18%. – Gambar EPA, 15 Januari, 2020.

BAGI setiap 10 kereta penumpang yang dijual di Malaysia, empat daripadanya adalah Perodua, yang merupakan segmen terbesar dalam pasaran automotif tempatan, kata firma analisis perniagaan Frost & Sullivan.

Perodua mempunyai 44.3% bahagian dalam segmen kereta penumpang, diikuti Proton di tempat kedua pada kadar 18%, kata rakan kongsi bersekutu Frost & Sullivan Vivek Vaidya.

Pembuat kereta Jepun, Honda berada di tempat ketiga dengan 15.4% daripada segmen pasaran, kata Vaidya dalam laporan firmanya mengenai prospek industri automotif 2020 dan ulasan bagi 2019.

“Keseluruhan pasaran terus menumpukan kepada segmen tiga pemain teratas yang meningkat kepada 77.7% pada 2019,” kata Vaidya.

Dari segi keuntungan pasaran dalam 2019, keuntungan terbesar didaftarkan oleh Proton.

“Penguasaan pasaran meningkat daripada 12.1% kepada 15.4% disebabkan prestasi Proton Saga dan Proton X70 yang kukuh.

“Proton mendapat semula kedudukan kedua selepas jurang beberapa tahun. Tidak disangkal lagi, Perodua mendahului semua pemain lain dan dijangka kekal sebagai pemain nombor satu di Malaysia.” – 15 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen