Ponggal bukan perayaan keagamaan, kata Gobind


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata perayaan Ponggal menandakan berakhirnya musim menuai dan menandakan kejayaan atau kemakmuran yang melimpah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2020.

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menjelaskan Ponggal bukan satu perayaan atau acara keagamaan.

Beliau berkata perayaan itu menandakan sambutan musim menuai dan menandakan kejayaan atau kemakmuran yang melimpah. 

Beliau menarik perhatian bahawa perayaan itu sekian lama diraikan di Malaysia.

“Ia harus dilihat sebagai satu acara untuk masyarakat kita mengeratkan talian persahabatan, menghormati budaya, menggalakkan perpaduan serta membina negara kita,” kata Gobind dalam hantaran di Twitter dan Facebook beliau hari ini.

Ponggal merupakan perayaan yang disambut selama empat hari bermula hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil bersempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima. – Bernama, 15 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen