Tidak cukup bukti, Anwar tidak akan didakwa, kata AGC


Pejabat Peguam Negara berkata tiada bukti mencukupi untuk membuat sebarang pendakwaan dalam kes melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Januari, 2020.

TIADA pertuduhan dikenakan terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim berhubung dakwaan serangan seksual oleh bekas pembantunya, kata Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) hari ini, Engku Nor Faizah berkata siasatan mendapati tiada kes dalam aduan yang dibawa terhadap Anwar oleh bekas pembantunya Muhammed Yusoff Rawther.

Peguam cara menambah Pejabat Peguam Negara menemui kekurangan bukti untuk membuat tuduhan terhadap sesiapa.

“Setelah mengkaji secara berhati-hati kesemua keterangan yang telah diperoleh dalam Kertas Siasatan yang diterima daripada PDRM, kami mendapati terdapat percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atau mana-mana seksyen lain di bawah kanun yang sama,” kata Engku Nor Faizah.

Justeru, Engku Nor Faizah berkata mereka bersetuju dengan polis bahawa kes itu ditutup.

““Selaras dengan amalan biasa, penyiasatan akan dibuka semula sekiranya dan apabila terhadap keterangan baharu,” katanya.

Peguam cara membuat keputusan itu susulan Peguam Negara Tommy Thomas menarik diri daripada kes itu kerana hubungan lampau beliau dengan presiden PKR. – 14 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen