Malaysia fail saman baharu terhadap Goldman Sachs


Bede Hong

Kerajaan Malaysia memfailkan lima saman terhadap unit Goldman Sachs berkaitan terbutan bon kepada 1MDB. – Gambar EPA, 14 Januari, 2020.

PUTRAJAYA memfailkan satu lagi saman untuk diserahkan kepada bank pelaburan Goldman Sachs (Singapura) Pte berhubung terbitan bon AS$6.5 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mahkamah diberitahu hari ini.

Empat saman sudah difailkan terhadap entiti Goldman Sachs kerana didakwa meninggalkan fakta material berhubung penjualan bon terbitan, antara anak syarikat 1MDB dan Aabar Investment PJS Ltd.

Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir meminta Majistret Kuala Lumpur Nur Farahain Roslan agar sebutan kes ditetapkan pada 5 Februari dan dipersetujui hakim.

Zakir menambah pihak pendakwa juga akan mengemaskini mahkamah tinggi mengenai status notis saman, yang katanya masih dalam proses.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa pihak berkuasa Singapura menolak percubaan Malaysia untuk mengeluarkan saman berdasarkan isu teknikal. Saman baru akan memasukkan tarikh penerbitannya, sebagaimana diperlukan.

Pertuduhan difailkan terhadap Goldman Sachs International dan dua entitinya - Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura) - serta Tim Leissner, bekas peguam 1MDB Loo Ai Swan dan Low Taek Jho. 

Loo dan Low kini sedang diburu.

Unit pelaburan bank didakwa berhubung bon bernilai AS$6.5 bilion bagi pembelian loji kuasa 1MDB, projek Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia. – 14 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen