Latheefa dijangka beri keterangan rakaman audio Khamis ini


Selain Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya, nama lain yang berkaitan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Januari, 2020.

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya dijangka hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan Khamis ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid berkata Latheefa dipanggil untuk memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didedahkan SPRM.

Beliau berkata selain Latheefa, nama lain yang berkaitan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu, katanya.

Pada 8 Januari, SPRM memutarkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan perbualan lain yang dikatakan berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.

Klip audio itu dipercayai perbualan yang melibatkan Najib, Rosmah Mansor, bekas ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu lain. – Bernama, 14 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen