Undang-undang terpakai kepada semua, kata Dr Mahathir


Ravin Palanisamy

Perdana Menteri Dr Mahathir berkata, undang-undang terpakai kepada semua termasuk mereka dari partinya yang ditahan dalam satu serbuan awal pagi tadi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 13 Januari, 2020.

UNDANG-undang adalah terpakai kepada semua, termasuk mereka yang ditahan dalam sebuah parti liar semalam, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Polis menahan 17 suspek, termasuk seorang Adun dari Bersatu dan pegawai beberapa kementerian, yang berada di sebuah parti liar di Puchong.

Perdana menteri berkata, walaupun beliau tidak pasti nama mereka yang ditahan, undang-undang perlu dikuatkuasakan kepada semua.

“Saya ada dengar mengenainya (penahanan) tapi tak tahu nama.

“Sudah tentu kita percaya dengan kedaulatan undang-undang, sesiapa yang langgar undang-undang, tak kira siapa, malah kalau saya sendiri pun langgar undang-undang, saya akan ke penjara,” katanya kepada pemberita selepas melawat depot rel Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd di Semenyih, Selangor hari ini.

Beliau juga berkata, Bersatu akan putuskan tindakan sewajarnya terhadap ahlinya hanya selepas mendapat maklumat penuh berhubung insiden itu.

Hanya seorang daripada 17 yang ditahan positif dadah. Dalam serbuan itu, turut ditemui sejumlah kecil dadah jenis Ketamin di pangsapuri berkenaan.– 13 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen