Imbas kes SRC International: Najib pertahan dakwaan tandatangan dipalsukan


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata tidak pernah menandatangani dokumen antara tahun 2011 dan 2018 untuk memberi kuasa kepada syarikat melabur dalam sektor tenaga. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Januari, 2020

NAJIB Razak menafikan ketulenan tandatangannya pada bukti utama, termasuk dokumen berkaitan permohonan SRC International dan selanjutnya pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Mahkamah Tinggi mendengar minggu lalu.

Bekas perdana menteri itu juga bertegas dengan dakwaannya yang beliau hanya menyedari tanda tangan itu palsu apabila perbicaraan SRC International dijalankan tahun lepas.

Ketika disoal balas oleh timbalan pendakwa raya ad hoc V.Sithambaram, Najib berkata tidak pernah menandatangani dokumen antara tahun 2011 dan 2018 untuk memberi kuasa kepada SRC International melabur dalam sektor tenaga.

Ahli Parlimen Pekan, yang juga menteri kewangan, berkata walaupun Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) sebagai pemegang saham tunggal entiti itu, keputusan itu akan dibuat oleh lembaga pengarah SRC International.

Beliau juga berkata tidak menandatangani dokumen lain, termasuk resolusi pemegang saham yang membolehkan SRC International melabur RM3.6 bilion di luar negara.

Wang tersebut dipindahkan antara tahun 2011 dan 2012, antaranya, BSI Bank di Switzerland dan Bank Julius Baer & Co Ltd di Hong Kong, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar.

Najib menegaskan beliau tidak pernah menandatangani dokumen yang ditunjukkan kepadanya di mahkamah yang meluluskan pelaburan yang dikatakan di luar negara.

Beliau juga berkata beliau tidak ingin menandatangani dokumen yang meluluskan pinjaman itu, termasuk surat bertarikh 17 Februari 2012, yang mempunyai tandatangan Najib meluluskan pinjaman RM2 bilion kedua kepada SRC International.

Najib berkata beliau hanya ditunjukkan dokumen “secara ringkas” ketika ditanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semasa beliau mengesahkan ia mengandungi tandatangannya.

“Saya menandatangani puluhan dokumen setiap hari. Saya menguruskan negara ini. Terdapat 1,001 perkara yang perlu dilakukan, saya tidak boleh mengingatinya semua, “kata Najib. –12 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen