Proton Perdana kekal kenderaan rasmi menteri, timbalan menteri


Ragananthini Vethasalam

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Proton Perdana akan kekal sebagai kenderaan rasmi bagi menteri dan timbalan menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Januari, 2020.

PROTON Perdana akan kekal sebagai kenderaan rasmi bagi menteri dan timbalan menteri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata tiada perubahan dalam menjadikan kereta itu sebagai kenderaan rasmi walaupun pada awalnya ada masalah berkaitan kekurangan siri Proton itu daripada pembekal.

“Tidak cukup Perdana, maka kami putuskan untuk berikan pilihan,” katanya kepada wartawan pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

“Tetapi, sekarang kami sudah dapat pengesahan yang bekalan untuk Perdana mencukupi. Jadi, kita akan kekalkan Perdana untuk menteri dan timbalan menteri,” katanya. – 10 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen