Dr Mahathir digesa tetap tarikh berundur


Rafizi Ramli berkata pengunduran Dr Mahathir Mohamad secara sukarela akan menjadi proses peralihan kuasa berjalan lancar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Januari, 2020.

WALAUPUN persaraan secara sukarela Dr Mahathir Mohamad akan membolehkan peralihan kuasa berjalan lancar, Pakatan Harapan (PH) juga boleh menetapkan tarikh berundur jika beliau enggan melakukannya sendiri, lapor South China Morning Post.

Rafizi Ramli yang dilihat sebagai sekutu Anwar Ibrahim, bakal perdana menteri seterusnya, berkata demikian pada forum Outlook Regional Regional Yusof Ishak di Singapura.

Rafizi berkata beliau adalah salah seorang yang menderaf pakatan penggantian yang ditandatangani pada 7 Januari 2018, sembilan bulan selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan PH berkuasa.

Dipersetujui bahawa Anwar yang ketika itu berada di penjara akan mengambil alih jawatan daripada Dr Mahathir apabila dibebaskan, tetapi tiada tarikh ditetapkan untuk peralihan kuasa.

Hampir 20 bulan selepas kemenangan itu, perdana menteri berusia 94 tahun itu masih belum menyatakan dengan tepat bila beliau akan memberi laluan kepada penggantinya, walaupun berulang kali membayangkan “tempoh dua tahun” yang bermakna persaraannya pada Mei ini.

Dr Mahathir berkata hanya akan berundur selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada November.

“Sekiranya (Dr Mahathir) mengundur diri secara sukarela, peralihan akan menjadi sangat lancar,” kata Rafizi. – 10 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen