POLIS wilayah Papua, di timur Indonesia akan meningkatkan langkah keselamatan sebagai persediaan berdepan kemungkinan berlakunya keganasan atau serangan, dilancarkan kumpulan bersenjata semasa proses pemilihan di wilayah itu tahun depan, lapor agensi berita China Xinhua.
Langkah itu diambil demi keselamatan orang awam, polis dan anggota tentera serta kawasan penting di wilayah berkenaan, terutamanya di Tembagapura dan Tolikara.
Ia berikutan kedua-dua wilayah tersebut sering menjadi sasaran kumpulan pengganas yang menyaksikan puluhan nyawa korban.
Ketua Polis wilayah, Inspektor Jeneral Boy Rafli Amar berkata sejumlah 7,000 anggota polis akan dihantar untuk meningkatkan tahap keselamatan sebelum dan selepas pemilihan.
Papua merupakan wilayah dihuni kumpulan pemisah Gerakan Pembebasan Papua yang sering melancarkan perang gerila. – Bernama, 2 November, 2017.
Komen