Imam surau maut ditetak selepas solat subuh 


SEORANG imam sebuah surau di Kampung Mamaitom di Tenom maut setelah ditetak di kepala dengan sebilah parang oleh seorang lelaki tidak siuman selepas selesai solat subuh di surau berkenaan awal pagi tadi.

Ketua Polis Tenom DSP Hasan Majid berkata mangsa, Platani Ukir, 35, ditetak daripada belakang ketika sedang berjalan ke tempat meletak motosikal setelah selesai mengimamkan solat subuh.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah di belakang kepala akibat tetakan itu.

Hasan berkata suspek yang berumur 53 tahun yang dipercayai tidak siuman turut menghalang penduduk kampung yang cuba memberi bantuan kepada mangsa.

Katanya, suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.– Bernama, 9 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen