TAKAHIRO Shiraishi, lelaki Jepun yang dilaporkan mengaku membunuh dan memenggal sembilan individu di bilik mandinya di Tokyo, dikatakan seorang pelajar yang pendiam.
Gambaran luaran lelaki berusia 27 tahun tersebut memperlihatkannya sebagaimana lelaki biasa dengan rambut tersisir kemas, hitam dan berkaca mata, yang tinggal di sebuah flat di kawasan tenang di pinggir bandar Tokyo.
Tetapi pada pagi Halloween, polis menemui keseluruhannya 240 cebisan tubuh manusia milik sembilan mangsa, termasuk kepala dan badan, yang dijumpai dalam kotak simpanan dingin dan kotak perkakas di apartmen lelaki itu, dilindungi dengan najis kucing untuk menyembunyikan bukti tersebut.
Penduduk berdekatan mengingati Shiraishi sebagai seorang “budak pendiam yang boleh bergaul dengan jiran-jiran”.
Di sekolah, grednya tidak begitu cemerlang tetapi seorang murid yang fokus, “tidak terlalu menonjol tetapi tidak murung”, menurut seorang bekas rakan sekelasnya yang dipetik daripada Asahi Shimbun.
Dia meminati olahraga dan besbol dan “pendengar yang baik berbanding mereka yang lebih banyak berbicara mengenai diri sendiri”, kata seorang lagi rakan sekolah kepada akhbar tempatan Tokyo. – AFP, 2 November, 2017.
Komen