Sarawak arah siasat keputusan 'tiada kes' bagi balak, jentera dirampas


Desmond Davidson

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak, Awang Tengah Ali Hassan hari ini mengarahkan siasatan berhubung bagaimana kayu dan jentera yang dirampas semasa serbuan yang didakwa pembalakan secara haram di Bintulu pada Ogos dilepaskan tanpa sebarang tindakan.

Kayu itu dilaporkan bernilai lebih daripada RM7 juta.

Ketua Menteri, Abang Johari Openg kemudian memberitahu pemberita yang jawatankuasa khas termasuk unit keselamatan dipihaknya dan wakil Jabatan Hutan akan menjalankan siasatan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini mempersoalkan mengapa jawatankuasa yang dibentuk oleh Jabatan Perhutanan membuat kesimpulan tiada kes terhadap syarikat dan mengatakan wujudnya kesalahan bagi pelepasan itu.

Karim dipetik oleh media tempatan berkata beliau “curiga” dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat “sama ada terdapat kes pegawai yang bertindak melampaui kuasa mereka”.

Awang Tengah, yang mengetuai jawatankuasa anti-pembalakan, berkata beliau tidak mengetahui jawatankuasa yang dibentuk oleh Jabatan Perhutanan.

Persoalan mengenai pembebasan itu berlaku selepas pengarah Jabatan Hutan Negeri, Sapuan Ahmad, minggu lalu mengesahkan melepaskan kayu-kayan yang dianggarkan bernilai RM7 juta

Setelah membuat laporan polis di balai polis Tatau, Perbadanan Perhutanan Sarawak menyerahkan balak dan jentera kepada Jabatan Perhutanan.

Sapuan mendedahkan “satu jawatankuasa” yang ditubuhkan menyiasat penyitaan menyimpulkan “tidak ada kes” terhadap syarikat yang terlibat.

Bagaimanapun Karim tidak yakin.

Karim, seorang peguam, berkata jika tiada sebarang kesalahan, adalah mengejutkan syarikat pembalakan itu tidak meminta ganti rugi daripada Jabatan Hutan kerana menyita kayu-kayan dan jentera mereka mengikut tanpa mengikut undang-undang. – 2 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen