Tindakan tarik balik pengawal peribadi Dr Mahathir memalukan, kata pengguna media sosial


Pengguna media sosial menyatakan tindakan Putrajaya menarik balik pengawal keselamatan Dr Mahathir itu adalah bersifat peribadi.– Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2017.

TINDAKAN Perdana Menteri Najib Razak menarik balik khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad adalah tidak wajar dan memalukan, kata pengguna Facebook dan Twitter Malaysia.

Menyifatkan ia sebagai bersifat peribadi, pengguna media sosial berkata sekiranya berlaku sesuatu kepada Dr Mahathir, Najib akan menyalahkan antara satu sama lain.

Mereka bagaimanapun berkata, walaupun tanpa pengawal peribadi UTK, Dr Mahathir masih kekal selamat kerana tiada rakyat Malaysia yang akan mengancam pengerusi Pakatan Harapan berusia 92 tahun itu.

Mereka mengulas mengenai keputusan Putrajaya semalam untuk menarik balik pengawal peribadi Dr Mahathir, yang merupakan keistimewaan yang diberikan kepada semua bekas perdana menteri.

Tindakan ini dibuat setahun selepas Putrajaya menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu pejabat Dr Mahathir.

Pengguna Facebook Denzel Loo dan Kent Lee berkata sekiranya berlaku sesuatu kepada Mahathir, Najib akan menyalahkan pihak lain.

“Bila berlaku apa-apa kepada Tdm (Tun Dr Mahathir) dia akan cakap (ia) bukan salahnya.

“Macam saya cakap sebelum ini, orang terdesak akan lakukan perkara terdesak. Apa lagi yang boleh mereka buat untuk selamatkan diri?” Komen Loo.

“Tuhan rahmati Tun M, walaupun tiada siapa yang akan sakiti Tun, sekiranya berlaku sesuatu, Najib akan lepas tangan,” komen Lee.

Seorang lagi pengguna Facebook, Dah Ahmadshah mempersoalkan sebab di sebalik penarikan pengawal peribadi UTK. 

“Apa alasan yang diberikan untuk tarik balik pengawal peribadi Dr Mahathir? Siapa yang arahkan dan atas bidang kuasa apa? Negara berhak untuk tahu. Tindakan ini memalukan.

“Tindakan ini memalukan negara, mereka perlu kembalikan pengawal peribadi Dr Mahathir. Hormat sikit bekas perdana menteri. Salut Tun kerana beliau akan ingat siapa yang lakukan ini kepada negara. Ini tidak baik dan tidak adil,” kata Dah Ahmadshah.

Dr Mahathir kini mengetuai pakatan pembangkang, Pakatan Harapan dan menggesa untuk menyingkirkan Najib, yang dituduh sebagai pencuri.

Bekas perdana menteri itu turut mengadakan perhimpunan di seluruh negara dan bercakap kepada penduduk di bandar dan luar bandar mengenai keperluan untuk singkirkan “pentadbiran Najib yang korup” pada pilihan raya akan datang.

Pengguna Facebook berkata serangan Dr Mahathir terhadap Najib membuatkan perdana menteri itu “takut” dan itu sebabnya beliau menarik balik khidmat pengawal peribadi.

“Tak mengapa.. Tiada sesiapa yang waras untuk sakiti Tun, malah rakyat akan menjadi pelindung Tun. Pengakhiran Najib dah dekat, itu sebabnya dia buat apa sahaja, tembak kaki sendiri,” komen Tang Seng Keat.

“Mereka tunjukkan mereka sangat takut dengan Tun,” komen Ben Chiew.

Pengguna Twitter seperti Iqra’  (@tweetajala) dan Hilmi Adi Ruzaini (@HilmiAdi) berkata Najib menunjukkan beliau masih tiada keberanian kerana pilihan raya semakin hampir, dan menyifatkan tindakan itu sebagai perkara kecil.

“Tarik balik engawal peribadi Tun jelas menunjukkan kepercayaan buruk,” tweet Iqra’.

“Tidak profesional yang ditunjukkan polis dan kerajaan. Beliau bekas PM berumur 92 tahun, berikan padanya,” tweet Hilmi.

“Saya mungki tak sentiasa setuju dengan Mahathir, tapi ini benar-benar kecil,” tweet Republic of Sarawak (@swakheadhunter).

Dr Mahathir berkongsikan berita itu kepada dua juta pengikut di Facebooknya petang semalam.

“Hari ini, khidmat UTK ditarik balik. Perjuangan diteruskan,” kata Dr Mahathir.

Posting itu mendapat 8,000 like dan dikongsikan hingga 400 kali. – 2 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen