Loke terkejut kemudahan stesen KTM Kuala Lumpur rosak


Lee Chi Leong

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata hasil pemeriksaan mengejut sepanjang 30 minit itu beliau mendapati beberapa kemudahan di stesen itu rosak dan perkara ini memalukan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Januari, 2020.

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke berang selepas mendapati mesin tiket dan laluan gerak (walkalator) di stesen KTM Kuala Lumpur tidak berfungsi semasa membuat pemeriksaan mengejut hari ini.

Loke berkata hasil pemeriksaan mengejut sepanjang 30 minit itu beliau mendapati beberapa kemudahan di stesen berkenaan rosak dan perkara ini memalukan.

“Hanya dalam tempoh 30 minit saya dapati ada beberapa kemudahan tak berfungsi. Ini stesen utama, stesen KL. Memalukan.

“Daripada empat mesin tiket, tiga tak berfungsi. Perkara ini tak boleh diterima,” kata Loke kepada pemberita.

Tambah beliau, ini memberi gambaran yang kurang baik ketika Tahun Melawat Malaysia bermula tahun ini.

Menteri itu mengadakan pemeriksaan mengejut ke stesen KTM Kuala Lumpur yang bersambung dengan Stesen MRT Pasar Seni. – 6 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen