Singapura kutuk serangan maut di New York


Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera sebelum suspek ditembak polis dan ditahan selepas satu insiden yang disifatkan pihak berkuasa sebagai dilakukan oleh pengganas. – Gambar EPA, 1 November, 2017.

SINGAPURA mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Bandaraya New York, Amerika Syarikat pada Selasa sehingga menyebabkan korban nyawa dan mencederakan orang awam yang tidak bersalah, kata Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) negara itu.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka cepat sembuh,” kata jurucakap MFA dalam satu kenyataan di Singapura.

Kementerian itu berkata Konsulat Singapura di New York telah menghubungi rakyat negara itu yang mempunyai e-daftar di New York.

“Setakat ini, tiada laporan ada rakyat Singapura yang terjejas secara langsung atau cedera dalam insiden itu,” kata jurucakap tersebut.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera sebelum suspek, seorang lelaki berusia 29 tahun, ditembak polis dan ditahan selepas satu insiden yang disifatkan pihak berkuasa sebagai dilakukan oleh pengganas. – Bernama, 1 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen