Lelaki di Jepun mengaku bunuh 9 gadis dalam masa 2 bulan


Takahiro Shiraishi mengaku 'mencederakan' semua gadis yang menjadi mangsanya selepas berhubung dengan mereka melalui aplikasi Twitter. – Gambar EPA, 1 November, 2017.

LELAKI yang ditahan oleh polis di Jepun, selepas pihak berkuasa menemui sembilan mayat yang dicincang membusuk dalam rumahnya, mengaku membunuh semua mangsanya dalam masa dua bulan selepas berhubung dengan mereka melalui Twitter.

Takahiro Shiraishi, 27, juga mengaku dia “mencederakan” semua gadis yang jadi mangsanya, lapor rangkaian televisyen Fuji.

Pihak berkuasa kini menyiasat Shiraishi, yang dilaporkan mengaku mencincang mayat mangsanya dan membuangnya di tong sampah, sebelum cuba menyembunyi bau busuk mayat itu dengan menggunakan najis kucing yang diselerakkan berdekatan dengan mayat berkenaan.

Polis menemui keseluruhannya 240 cebisan tubuh manusia milik sembilan mangsa, termasuk kepala dan badan, yang dijumpai dalam kotak simpanan dingin dan kotak perkakas di apartmen lelaki itu, lapor Tokyo Shimbun.

Kes yang ngeri ini mengejutkan Jepun, lapor AFP.

Sebuah akhbar melaporkan di muka depan tajuk berita: “Killing room” (Bilik pembunuhan). Sebuah akhbar lain menulis tajuk: “One murder a week” (Satu pembunuh seminggu).

Polis dikatakan memerangkap Shiraishi selepas menyamar juga melalui Twitter. Polis menemui jalan ketika menyiasat kehilangan seorang gadir 23 tahun yang sebelum itu menulis di Twitter mengatakan mahu membunuh diri.

Abang gadis berkenaan kemudian berjaya menceroboh akaun Twitter itu dan mengesan seorang pengguna Twitter yang mencuriganya yang berhubung dengan adiknya.

Seorang pengguna Twitter kemudian mengaku mengecam pengguna Twitter yang mencurigakan itu.

Abang gadis berkenaan kemudian meminta bantuan wanita itu untuk berhubung dengan pengguna Twitter tersebut dan pada masa sama, dia menghubungi polis, lapor akhbar Yomuiri. – 1 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen