Anak Mat Sabu diarah bela diri kes dadah


AHMAD Saiful Islam, anak lelaki Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, diarahkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini untuk membela diri dalam pertuduhan dadah dihadapinya.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Saiful.

Ahmad Saiful didakwa Jun lepas kerana pengambilan dadah.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau dua tahun penjara.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan melibatkan dadah jenis THC di sebuah pusat hiburan di Hotel W, Kuala Lumpur sekitar jam 2.05 pagi pada 5 Januari tahun lepas.

Mohamad Sabu berkata beliau tidak akan masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya kes dadah anaknya itu kepada sistem kehakiman negara. – 3 Januari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen