Tersilap langkah dalam kerjaya politik


Desmond Davidson

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik tersilap langkah dalam memulakan kejaya politik apabila memutuskan untuk menukar warna kasut sekolah daripada putih kepada hitam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2020.

HANYA enam bulan memegang jawatan, sudah ada gesaan untuk memecat Menteri Pendidikan Maszlee Malik. Akhirnya kira-kira setahun setengah memegang portfolio yang mencabar itu bekas ahli akademik itu akhirnya meletakkan jawatan hari ini selepas menerima tekanan sejak beberapa bulan lalu.

Dasar pertama Maszlee yang menerima kritikan ialah apabila beliau memutuskan untuk menukar warna kasut sekolah daripada putih kepada hitam.

Ia mungkin dilihat sebagai isu remeh namun ia menimbulkan kemarahan ramai sehingga Maszlee pernah dilabel sebagai “menteri kasut”.

Bagaimanapun, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menjadi menteri buat pertama kali gagal belajar dari kesilapan pertamanya dan terus terjerumus dari satu kontroversi ke kontroversi yang lain sehingga timbul persoalan dalam kalangan masyarakat apakah beliau orang yang tepat untuk memegang jawatan itu, tanpa mengira kelayakan akademiknya.

Tindakan seterusnya ahli politik yang tidak berpengalaman itu adalah rayuannya untuk pihak hotel meminjamkan kolam renang kepada pelajar bagi latihan berenang.

Beliau mengumumkan, kerajaan mencadangkan untuk memperkenalkan kokurikulum renang di sekolah bagi mengatasi jumlah pelajar lemas, namun masyarakat yang mula tidak sabar untuk menunggu “pembaharuan sebenar” menuntut penjelasan apa yang beliau lakukan untuk menjadikan pelajar di Malaysia lebih berdaya saing, menghentikan penyebaran agama di sekolah, dan memenuhi janji pilihan raya Pakatan Harapan seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menteri Pendidikan Maszlee Malik pada sesi town hall yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada Oktober tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2020.

Maszlee seterusnya memutuskan untuk menerima presiden UIAM pada September 2018 - empat bulan selepas beliau dilantik sebagai menteri.

Keinginannya untk menjadi presiden ketujuh universiti berkenaan menimbulkan dakwaan bahawa kerajaan PH tiada beza dengan Barisan Nasional sebelum ini, yang mana mereka melihat pelantikan itu bercanggah dengan manifesto PH yang mahu membebaskan institusi pengajian tinggi bebas daripada campur tangan politik.

Beliau akhirnya terpaksa meletakkan jawatan itu. – 2 Januari, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen