Kumpulan pendidikan Cina, Tamil serah memorandum bantah Jawi


Alfian Z.M. Tahir

Memorandum menyatakan bahawa pandangan dari masyarakat Cina dan India hendaklah dipertimbangkan, kata Pengerusi Dong Jiao Zong, Tan Tai Kim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 2 Januari, 2020.

KUMPULAN pendidikan Cina dan Tamil hari ini menyerah memorandum membantah pengajaran Jawi di sekolah vernakular kepada Kementerian Pendidikan dan menegaskan supaya satu dialog diadakan dengan kementerian itu.

Dong Jiao Zong dan Yayasan Tamil menggesa kementerian menimbang pandangan masyarakat Cina dan India mengenai pengajaran Jawi di sekolah vernakular yang dijadualkan bermula tahun ini.

“Kami mahu satu dialog diadakan dengan menteri pendidikan. Kena ada perbicangan untuk selesaikan perkara ini.

“Antara lain, memorandum menyatakan bahawa pandangan dari masyarakat Cina dan India hendaklah dipertimbangkan,” kata Pengerusi Dong Jiao Zong, Tan Tai Kim.

Pada Ogos 2018 kerajaan mengumumkan pengajaran Jawi bagi Tahun 4 akan diteruskan tetapi dengan sedikit pindaan kepada rancangan asal susulan bantahan dari pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil.

Sementara itu, jurucakap Yayasan Tamil K Arumugam berkata penyerahan memorandum hari ini bukan bermaksud mereka menentang tulisan Jawi, tetapi menuntut penjelasan lanjut selain kajian dijalankan terlebih dahulu sebelum pengajaran Jawi dilaksanakan di sekolah. – 2 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen