SELEPAS kegagalan Kabinet dalam memansuhkan elaun perkhidmatan kritikal bagi jawatan tertentu dalam sektor awam, menteri Khalid Samad mencadangkan Kabinet tidak patut meluluskan sebarang kertas cadangan yang dihantar pada hari sama.
Ini kerana kertas berkenaan cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memansuhkan elaun bulanan RM750 bagi perkhidmatan kritikal digesa ke Kabinet, dengan menteri memberikan kelulusan tanpa membacanya dengan teliti.
Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika dipetik daripada portal Free Malaysia Today berkata kertas cadangan itu diserahkan kepada Kabinet pada hari mesyuarat 18 Disember, bukannya mengikut kelaziman dua minggu sebelum.
“Kami tidak dapat membaca semuanya dan ia diluluskan,” katanya dipetik berkata di Putrajaya semalam.
Katanya, kertas cadangan itu sepatutnya dihantar dua minggu kemudian kerana Kabinet bermesyuarat dua kali seminggu.
Beliau berkata tajuk dalam kertas cadangan disebut “pengubahsuaian” kepada elaun tetapi teks laporan menjadi “penarikan” elaun perkhidmatan kritikal. – 31 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen