90% guru taska tiada kelayakan akademik, kata persatuan


Angie Tan

Persatuan itu juga cuba mendapatkan senarai daripada Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan guru yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun bagi mendaftar taska mereka dalam Akreditasi Pembelajaran bagi pengiktirafan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2019.

KURANG daripada 10% guru taska mempunyai kelayakan akademik pengajian tinggi walaupun undang-undang baharu yang dikuat kuasa pada 1 Januari 2020 yang memerlukan mereka memiliki sekurang-kurangnya diploma berkaitan Anak Usia Dini, kata seorang guru.

Tuntutan untuk kelayakan akademik diperkenalkan pada 2016 dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.

Situasi terbaharu ini agak menyusahkan dan banyak tadika menghadapi masa depan yang tidak menentu.

Presiden Persatuan Guru Tadika Pulau Pinang Sally Ng Chit Peng berkata tadika di Pulau Pinang diarahkan menghentikan operasi kerana kekurangan guru berkelayakan.

“Pendaftaran sudah terjejas dengan pembukaan lebih banyak sekolah sekarang. Kekurangan masalah guru akan memberi kesan kepada industri dan memaksa beberapa tadika ditutup,” kata Ng kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata tidak ada komunikasi atau kemas kini daripada Kementerian Pendidikan, berikutan surat yang memaklumkan mengenai keputusan itu pada 2017.

“Kami masih menunggu. Kami tidak tahu sama ada kementerian akan meneruskan penguatkuasaan atau akan memberikan lanjutan. Sekiranya ia meneruskan rancangan tersebut, ramai guru akan kehilangan pekerjaan,” katanya.

Beliau mendedahkan pada masa yang sama persatuan itu telah menggalakkan guru untuk memohon diploma profesional.

“Sesetengah guru tua mungkin menghadapi masalah kerana kebanyakan guru tadika adalah ibu yang mempunyai keluarga untuk menjaga dan memerlukan sekurang-kurangnya dua setengah tahun untuk mendapatkan diploma profesional, dan kosnya berkisar antara RM12,000 hingga RM15,000,” katanya sambil menambah bahawa ia mungkin akan menjadi beban kepada banyak pihak.

Persatuan itu juga cuba mendapatkan senarai daripada Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan guru yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun bagi mendaftar taska mereka dalam Akreditasi Pembelajaran bagi pengiktirafan.

“Kami sedang mengusahakan perkara ini,” katanya.

Ng juga menegaskan walaupun terdapat graduan dari universiti swasta, namun ramai daripada mereka tidak mempunyai pengalaman.

“Walaupun terdapat guru prasekolah dengan diploma di pasaran, industri lebih suka mengekalkan guru yang berpengalaman. Kita tidak boleh hanya menggantikan kumpulan yang tidak layak dan menggantikan mereka dengan yang baru hanya kerana mereka mempunyai sijil,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata pada Mei keputusan itu hanya terpakai bagi rekrut guru baru.

Guru kanan yang lama bekerja tidak perlu mempunyai sijil, katanya.

Mengulas mengenai itu, Ng berkata kementerian perlu menjelaskan dengan terang mengenai peraturan baharu, terutama bagi mereka yang tidak perlu memiliki perngiktirafan sijil. – 31 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen