98 premis perniagaan di Bukit Mertajam diuruskan warga asing


Ragananthini Vethasalam

Sebanyak 98 premis perniagaan di Bukit Mertajam yang diuruskan oleh warga asing, kata Majlis Perbandaran Seberang Perai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Disember, 2019.

TERDAPAT 98 premis perniagaan di Bukit Mertajam yang diuruskan oleh warga asing, kata Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP).

MBSP dalam satu e-mel kepada The Malaysian Insight, berkata jumlah itu diketahui selepas melakukan siasatan di pusat beli-belah The Summit dan di Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng.

Ia susulan laporan The Malaysian Insight yang warga asing berniaga di pusat beli-belah di Bukit Mertajam.

“Menurut rekod, sebanyak 98 premis perniagaan di kawasan Bukit Mertajam, termasuk The Summit, diuruskan oleh warga asing, sama ada sebagai pemilik perniagaan atau pembantu/pekerja untuk perniagaan tempatan.

“Daripada statistik itu, hanya empat lesen dikeluarkan kepada warga asing sementara selebihnya dikeluarkan kepada pemilik perniagaan tempatan. Lesen itu dimohon apabila syarikat mereka didaftarkan di bawah Sdn Bhd.”

Perniagaan yang dikeluarkan lesen warga asing ialah for Magmatrans (M) Sdn Bhd, Yousaf Fantastic Sdn Bhd dan Barakath International Trading Sdn Bhd.

“MBSP tidak menghalang pengeluaran lesen kepada individu warga asing jika syarikat itu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Ini kerana Pulau Pinang dan Seberang Perai, adalah negeri berorientasikan ekonomi yang terbuka untuk pelabur asing.”

Bagaimanapun, majlis perbandaran itu berkata ia meletakkan langkah tertentu bagi mengelak perniagaan disalah guna oleh warga asing. – 30 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen