19 ditahan dalam Op Sarang di Kota Kinabalu


SERAMAI 19 individu ditahan atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah dalam operasi dijalankan di sekitar Kota Kinabalu termasuk Manggatal selama seminggu bermula 21 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua individu ditahan itu berumur antara 21 hingga 44 tahun termasuk dua daripada mereka adalah warga asing.

“Polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 43.27 gram yang dianggarkan bernilai RM6,490.50,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Habibi berkata usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya akan sentiasa diperhebatkan demi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Orang ramai turut diminta memberi kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kepada Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu (IPD) di talian 088-529 220 atau menerusi Facebook IPD Kota Kinabalu, katanya. – Bernama, 29 Disember, 2019.
   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen