Sindiket dadah terbesar di Uruguay tumpas 


Sekurang-kurangnya 4,418 kilogram kokain dirampas dalam operasi bersama Direktorat Kastam Kebangsaan dan tentera laut wilayah di pelabuhan Montevideo pada Khamis. – Gambar AFP, 28 Disember, 2019.

PIHAK berkuasa Uruguay berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah yang disifatkan terbesar dalam sejarah negara, kata Pengarah Kastam pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Jorge Borgiani berkata sekurang-kurangnya 4,418 kilogram kokain dirampas dalam operasi bersama Direktorat Kastam Kebangsaan dan tentera laut wilayah di pelabuhan Montevideo pada Khamis.

Beliau berkata dadah itu diikrar sebagai produk tepung soya dan disembunyikan dalam di tiga kontena.

“Masih ada satu lagi kontena yang belum dibuka,” kata Borgiani pada sidang media. Nilai kokain yang dirampas dari dua buah kontena dianggarkan kira-kira AS$1 bilion.

Dadah berkenaan dikatakan untuk dihantar ke bandar pelabuhan Lome, ibu kota Togo.

Tentera Laut Uruguay berkata operasi itu memberi “tamparan hebat kepada sindiket penyeludupan dadah.”  

Pada November di pelabuhan Montevideo, pihak berkuasa menemui sebuah kontena mengandungi lebih tiga tan kokain, juga untuk dihantar ke Afrika. – Bernama, 28 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen