9 maut pesawat terhempas di Kazakhstan


Seramai sembilan maut apabila sebuah pesawat penumpang terhempas tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Almaty di Kazakhstan hari ini. – Gambar Facebook, 27 Disember, 2019.

SEMBILAN maut apabila sebuah pesawat penumpang terhempas tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Almaty di Kazakhstan hari ini, kata kerajaan.

Jawatankuasa kecemasan negara itu berkata 100 penumpang dalam pesawat Bek Air itu termasuk lima anak kapal.

Sembilan orang termasuk enam kanak-kanak cedera, menurut jawatankuasa itu.

Presiden Kassym-Jomart Tokayev berjanji memberikan pampasan kepada keluarga mangsa dan berkata pihak yang bertanggungjawab atas nahas itu akan dikenakan hukuman.

Tokayev berkata suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu. – AFP, 27 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen