Kerajaan akan bincang sambung semula projek MRT3, kata laporan


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kementerian Kewangan bersedia untuk membincangkan tentang penyambungan semula MRT3, tetapi perlu mengambil kira kedudukan fiskal negara terlebih dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Disember, 2019.

KERAJAAN bersedia untuk mengkaji semula projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang digantung atas masalah kewangan, lapor The Star.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata projek berkenaan penting kerana ia akan melengkapkan rangkaian kereta api di Lembah Klang dan Kementerian Kewangan bersedia untuk membincangkan tentang penyambungan semula MRT3.

Bagaimanapun, kedudukan fiskal negara perlu diambil kira, tambah Loke.

“Kajian semula adalah berdasarkan bahawa kos mesti dikurangkan. Bagaimana ia dikurangkan nanti akan jadi tumpuan perbincangan,” katanya.

Beliau berkata satu model pembangunan baharu yang lebih efektif dari segi kos dan memberi pulangan yang tinggi dalma pelaburan telah dicadangkan.

“Kita berharap keputusan dapat dicapai pada pertengahan 2020.”

MRT3 adalah sebahagian daripada jajaran ketiga dan terkahir dalam Projek Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang dan berada dalam peringkat perancangan dan pembangunan ketika ia dibatalkan pada Mei 2018 untuk menjimatkan kos. – 23 Disember, 2019.  

Berita penuh di sini.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen