PENCEMARAN di loji rawatan air Sg Semenyih menyebabkan gangguan air tidak berjadual berlaku di Lembah Klang.
Air Selangor dalam notifikasi di aplikasi rasminya berkata pencemaran itu menyebabkan loji itu ditutup pada jam 10 pagi tadi.
Katanya, gangguan bekalan air tidak berjadual akan berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan terlibat.
“Tempoh masa bila loji rawatan air akan beroperasi semula masih belum ditentukan ketika ini. Ia bergantung kepada tahap pencemaran,” katanya.
Air Selangor juga berkata perkembangan terkini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dan tindakan sudah diambil untuk mengurangkan kes gangguan bekalan air itu.
Pihaknya juga menasihati pengguna untuk memuat turun aplikasi Air Selangor atau melayari www.airselangor.com untuk maklumat dan perkembangan terkini.
Di Facebook, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) pula mengumumkan loji itu ditutup pada jam 7.15 pagi Sabtu selepas pencemaran bau dikesan.
“LRA Sg. Semenyih telah dihenti tugas pada jam 7.15 pagi ini disebabkan oleh pencemaran bau yang disyaki bau solvent. Luas, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang berusaha mengenalpasti punca dan menangani pencemaran berkenaan,” katanya.
Berikut adalah kawasan terjejas:
Apartment Megaria
Astro
Bandar Bukit Puchong
Bandar Pinggiran Putra
Bandar Puchong Jaya
Bandar Puchong Utama
Bandar Puteri Puchong
Bandar Putra Permai
Bukit Serdang
Desaminium
Hospital Serdang
Hotel Nouvelle
Shell & Petron Seri Kembangan
Institut Pertanian Serdang
Kampung Batu 14 Puchong
Kampung Bersatu Puchong
Kampung Kenangan Puchong
Kampung Kuala Sungai Baru
Kampung Sri Aman
Kampung Sri Langkas
Kampung Tengah
Kondo Desa Milenia
KTM Serdang
Laman Grandview
Lestari Perdana
MARDI
Pasar Borong Selangor
Perdagangan Seri Kembangan
Perindustrian Bukit Puchong
Perindustrian Bukit Serdang
UPM
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan, Seri Kembangan
Puchong Gateway
Puchong Utama
Pusat Bandar Puchong
Serdang Jaya
Serdang Lama
Serdang Perdana
Serdang Raya
Seri Kembangan
Taman Universiti Indah
Taman Bukit Ikhlas
Taman Dato Demang
Taman Equine
Taman Jinma
Taman Kembangsari
Taman Kota Perdana
Taman Lestari Putra
Taman Muhibbah
Taman Mutiara Indah
Taman Perindustrian Putra Permai
Taman Perindustrian Subang
Taman Puchong Hartamas
Taman Puchong Intan
Taman Mutiara Puchong
Taman Perindustrian Puchong
Taman Puchong Prima
Taman Puchong Tekali
Taman Puncak Jalil
Taman Saujana Puchong
Taman Sri Andalas
Taman Sri Puchong
Taman Sri Serdang
Taman Wawasan Puchong
USJ 1 to USJ 15
USJ 16 to USJ 27
Veterinar UPM
Wisma Hua Zhong
BHP and Petronas Lebuhraya Besraya Wisma Standard Chartered Technology Park
UPM Infoport. – 21 Disember, 2019.
Komen