Bot milik Kastam ditembak penyeludup di perairan Semporna


BOT milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditembak di perairan Semporna petang tadi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Semporna Supt Sabarudin Rahmat mengesahkan kejadian kira-kira 5.30 petang itu di perairan dekat Pulau Mataking.

“Pihak JKDM telah membuat laporan polis di Semporna malam ini dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Kejadian itu berlaku dipercayai berkaitan dengan kes penyeludupan rokok di perairan berkenaan.– Bernama, 20 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen